?

Log in

cerita Mesir.

bismillahirrahmanirrahim.

innalhamdalillah!

berikut adalah cerita Mesir yang tengah hangat dan meletup-letup.
untuk laporan lanjut dan maklumat terkini,sila cari dan layari di : www.silagooglesendiri.com

seluruh rakyat dan masyarakat dunia kini tertumpu pada timur tengah.apa yang terjadi di Tunisia,Jordan,Syria,Yaman dan Mesir adalah suatu ledakan yang memberi gelombang baru kepada setiap insan yang mahu befikir.

kita tertanya-tanya kenapa 2011 ini begitu meriah sekali.apa sebab dan musabab yang berlaku di sana sehingga manusia berbondong-bondong turun ke jalan raya untuk memprotes,berlapar,berlawan,bergaduh,berjuang dan bermati-matian?

mengikut firasat gua yang baru berjinak-jinak dengan dunia timur tengah ni,gua rasa rakyat dah tepu sangat dengan pemerintahan.rakyat dah tak boleh blend dengan agenda pemerintah yang syok sendiri.dah tak boleh larut.tepu!

apa pemerintah-pemerintah ni dah buat?diorang dah rampas,tindas dan rogol HAK ASASI RAKYAT sendiri.bila kita bercakap mengenai hak asasi manusia,letakkan dalam kepala hotak masing-masing bahawa hak itu adalah anugerah.hak itu perlu dibela dan dituntut.seperti mana seorang isteri berhak menerima nafkah dari suami,seperti itulah rakyat berhak menuntut haknya dari pemerintah!

tuntutan rakyat bukanlah melampaui batas.tuntutan rakyat kepada pemerintah adalah apa yang wajar dirasai oleh seluruh ummat di atas muka bumi ini.pulanganya,rakyat memberi sokongan penuh kepada pemerintah yang menunaikan hak-hak rakyatnya malah sanggup berkorban demi agama,negara,bangsa dan pemerintah.

kita perhatikan tampuk pemerintahan seluruh dunia pada hari ini.rata-ratanya hidup mewah dan mempunyai aset yang banyak.pendek kata,siapa yang berjaya menjadi pemerintah,maka dia akan kenyang selama tujuh keturunan.untuk menjadi pemimpin ini,bukanlah suatu tugas yang mudah.ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan sekaligus tiada langsung sifat individualistik atau kronisme.sekiranya sang pemerintah itu benar-benar seorang pemerintah,maka hak rakyat akan sentiasa terjaga tanpa memikirkan akan apa kelebihan yang bakal dia nikmati.

ya.rakyat hari ini telah bangun melawan arus dan menentang pemerintah.rakyat telah muak dengan agenda-agenda bangang serta seta penindasan dan kekejaman yang berlaku ke atas mereka.mereka menuntut hak mereka untuk mendapatkan tempat tinggal,kerja,makanan dan pelbagai keperluan asas yang menjadi hak mereka.sebagai pemerintah atau pentadbir,bolehkah anda tidur lena kalau nasib rakyat tak terbela?

jadi,kebangkitan ini adalah soal hak dan maruah.ini adalah revolusi umum yang tidak tahan dengan pemerintah yang zalim!

usah tanya gua siapa yang menjadi dalang atau siapa yang meniup api konspirasi kebangkitan rakyat.

lu pikir la sendiri.
Tags:

Comments

(Anonymous)

Hi not to get all corny or anything...just-would like to know you better...can we be friends? i know it sounds -classic lol but youre so cute...

perhaps- could gimme email id?