?

Log in

Previous 10

Feb. 8th, 2011

cerita Mesir.

bismillahirrahmanirrahim.

innalhamdalillah!

berikut adalah cerita Mesir yang tengah hangat dan meletup-letup.
untuk laporan lanjut dan maklumat terkini,sila cari dan layari di : www.silagooglesendiri.com

seluruh rakyat dan masyarakat dunia kini tertumpu pada timur tengah.apa yang terjadi di Tunisia,Jordan,Syria,Yaman dan Mesir adalah suatu ledakan yang memberi gelombang baru kepada setiap insan yang mahu befikir.

kita tertanya-tanya kenapa 2011 ini begitu meriah sekali.apa sebab dan musabab yang berlaku di sana sehingga manusia berbondong-bondong turun ke jalan raya untuk memprotes,berlapar,berlawan,bergaduh,berjuang dan bermati-matian?

mengikut firasat gua yang baru berjinak-jinak dengan dunia timur tengah ni,gua rasa rakyat dah tepu sangat dengan pemerintahan.rakyat dah tak boleh blend dengan agenda pemerintah yang syok sendiri.dah tak boleh larut.tepu!

apa pemerintah-pemerintah ni dah buat?diorang dah rampas,tindas dan rogol HAK ASASI RAKYAT sendiri.bila kita bercakap mengenai hak asasi manusia,letakkan dalam kepala hotak masing-masing bahawa hak itu adalah anugerah.hak itu perlu dibela dan dituntut.seperti mana seorang isteri berhak menerima nafkah dari suami,seperti itulah rakyat berhak menuntut haknya dari pemerintah!

tuntutan rakyat bukanlah melampaui batas.tuntutan rakyat kepada pemerintah adalah apa yang wajar dirasai oleh seluruh ummat di atas muka bumi ini.pulanganya,rakyat memberi sokongan penuh kepada pemerintah yang menunaikan hak-hak rakyatnya malah sanggup berkorban demi agama,negara,bangsa dan pemerintah.

kita perhatikan tampuk pemerintahan seluruh dunia pada hari ini.rata-ratanya hidup mewah dan mempunyai aset yang banyak.pendek kata,siapa yang berjaya menjadi pemerintah,maka dia akan kenyang selama tujuh keturunan.untuk menjadi pemimpin ini,bukanlah suatu tugas yang mudah.ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan sekaligus tiada langsung sifat individualistik atau kronisme.sekiranya sang pemerintah itu benar-benar seorang pemerintah,maka hak rakyat akan sentiasa terjaga tanpa memikirkan akan apa kelebihan yang bakal dia nikmati.

ya.rakyat hari ini telah bangun melawan arus dan menentang pemerintah.rakyat telah muak dengan agenda-agenda bangang serta seta penindasan dan kekejaman yang berlaku ke atas mereka.mereka menuntut hak mereka untuk mendapatkan tempat tinggal,kerja,makanan dan pelbagai keperluan asas yang menjadi hak mereka.sebagai pemerintah atau pentadbir,bolehkah anda tidur lena kalau nasib rakyat tak terbela?

jadi,kebangkitan ini adalah soal hak dan maruah.ini adalah revolusi umum yang tidak tahan dengan pemerintah yang zalim!

usah tanya gua siapa yang menjadi dalang atau siapa yang meniup api konspirasi kebangkitan rakyat.

lu pikir la sendiri.
Tags:

Jan. 26th, 2011

think-tank

bismillah.

sekarang dah ada urgency atau keperluan menubuhkan satu yang mat salleh cakap 'think-tank'.
yang memonopoli dalam bahagi penyelidikan dan mencorak metod dan polisi dengan sentuhan dan rasa baru.
ada urgency dalam tajdid ummah dengan lebih berat.

siapa mau join?
Tags:

Jan. 23rd, 2011

death.

gua ada sedikit kemushkilan dalam hidup gua.

gua memang minat tengok movie-movie yang berkualiti.tapi gua jarang tengok movie biasa-biasa.
maka kegemaran gua adalah movie-movie yang berunsurkan kisah hidup dan perjuangan.cerita-cerita bullshit macam 'action movies' tu habuan buat tidur malam je.

jadi,kepelikan yang gua alami adalah sangat pelik.

bermula dari "Into The Wild". gua kagum kejap dengan Christopher McCandless mengembara mencari erti kehidupan dan berakhir dengan kematian.kematian yang hijau.umur beliau ketika itu baru 22 tahun dan beliau dah berbuat sesuatu yang dahsyat dan kemudian mati.masa gua tengok cerita tu umur gua 22 tahun jugak.

setahun selepas tu gua tengok cerita "Baghat Singh".gua ter"moved" daripada cerita seorang anak muda bangkit membuat revolusi yang memberi impak besar pada India.akhirnya beliau ditangkap oleh British dan dikenakan hukuman gantung.beliau meninggal pada usia 23 tahun dan dahpun berjuang.waktu tu gua berumur 23 tahun.apa bikin?

.
.
.

sekarang gua baca laporan Bouazizi yang mati akibat membakar diri.dia bakar diri dia sebab tidak tahan dengan rejim pemerintan Ben Ali. beliau seorang sarjana yang tidak bekerja akibat kemelesetan ekonomi.oleh kerana mahu menyara kehidupan keluarga maka beliau terpaksa menjaja di kampung.kemudian dek kerana tidak mempunyai lesen berniaga,maka dirampas segalanya dari beliau.terus beliau membakar diri demi membuka mulut seluruh ummat Tunisia yang "layan" kerenah kerajaan korup.beliau mati pada usia 26 tahun.

dan gua?

sedang tulis blog.

tunggu lah!
Tags:

balik cuti.

iye, baru-baru ni gua balik cuti selama 13 hari di Malaysia.

agenda gua kali ini sedikit berbeza dengan agenda-agenda yang sebelum ni kalau gua bercuti.

gua mulakan dengan makan.sebelum ni kalau bercerita pasal balik cuti,gua no.1 adalah famili dan no.2 adalah makan.kali ni disebabkan keboroian yang terpaksa gua tanggung,maka gua terpaksa tahan nafsu makan gua.bermula dengan niat dan doa sebelum fly,maka gua tak terasa nak mencekik semasa cuti.ada la gua bantai sekali-sekala.tapi doa musafir ni memang mustajab.gua dah cuba berkali-kali!

kali ni gua pulang dengan tangan kosong dan juga serba-serbi kosong.

my view

bismillahi wa innalhamdalillah.

sengaja gua jadikan tajuk entry di dalam bahasa omputih.sebenarnya tajuk tu agak 'common' dan dah lama gua nak berkongsi cerita dari perspektif gua untuk dijadikan kajian,iktibar,pendapat,petunjuk dan segala jenis macam komen yang boleh dilontarkan.

cara gua nak mengolah satu isu berdasarkan pemahaman gua memang sangat kompleks dan kadang-kadang tidak nyata,samar dan tidak mudah difahami.

target gua di sana pasti ada spesis yang seakan-akan gua dalam memahami balaghah yang gua salurkan.

gua rasa la....
Tags:

Nov. 24th, 2010

kontroversi

semenjak gua mempopularkan blog ini dengan meletakan url blog ini sebagai blog rasmi gua di fesbuk,ramai yang cuba-cuba untuk memahami isi hati gua.

ya, memang gua terpaksa akui gua adalah makhluk yang unik serta mempunyai pemikiran yang agak pelik. apapun yang berlaku, gua yang hari ini adalah yang tercorak akibat tumbesaran dan persekitaran gua. walaupun susur hidup gua tidak begitu panjang dan mencabar, tapi pengalaman gua adalah benda yang paling mahal gua ada.(terima kasih kat abah gua,kalau dia tak support gua, gua dah jadi haprak)

penulisan gua kali ini adalah penulisan yang bersahaja.terkadang marah dengan ujian yang menimpa gua.terkadang sinis memerli situasi.apa yang penting,gua bukan seorang yang bodoh suka mengekspresi secara membuta tuli.setiap penulisan gua ada sebab musababnya dan setiap kali sebelum menghentam papan kekunci, gua juga berfikir.

ini adalah blog kisah gelap.penuh dengan dukacita dan nista.kata-kata kesat dan perkara yang dahsyat. atas alasan apapun ianya adalah simbolik kepada kelemahan gua sebagai seorang manusia. kelemahan yang biasa-biasa. sejujurnya, gua tiada perkara yang gua nak sembunyikan dari sini.jika gua maki,sila terima dengan lapang hati.gua tak melayu sangat yang suka simpan dendam.sekali gua lepas,esok gua lupa.

dulu abah gua pesan; "tuhan pasti akan uji manusia dengan perkara yang tidak disukainya". maka aku diuji dengan perkara yang aku sangat benci dan serabut untuk menyelesaikannya. maka,terlahirlah kisahgelap ini.

kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa,
.
.
.
tapi kerana blog?semua peduli hapa!

dalam diri gua ada satu perangai yang yang dipanggil individualistik. ya, sifat suka buat hal sendiri. walaupun secara zahirnya gua seorang yang suka bersosial dan mungkin peramah atau mungkin juga figura umum (public figure). sifat ini timbul apabila orang tidak memahami gua secara luar dan dalam.atau mungkin sengaja cari pasal dengan gua dan sila ambil nota apabila gua tidak lagi mengenal atas dasar apa sekalipun drama yang bakal berlaku sekitar gua.fokus gua adalah lebih besar.

tahap tindakbalas gua?
sangat jauh dan mungkin tidak terduga.

gua adalah berani buat dan berani tanggung.
Tags:

Oct. 12th, 2010

luas

semalam hari kesungulan gua. sekali lagi gua terkedu dan hampir tersungkur.
gua merasakan satu kepedihan hidup yang amat menyakitkan.

seringkali gua terhenti dan mengelamun.sekiranya ada yang terhenti dan kemudian ter'refleks' akan dirinya sebentar, gua rasa ianya sangat beruntung kerana tuhan masih lagi memberi peringatan.

gua suka. gua suka bila jadi macam ni. gua jadi lemah dan sentiasa mencari-cari orang yang baik untuk memberi nasihat. sepanjang hidup gua, gua bukan suka mengadu, tapi tak salahkan kalau gua suka bertanya.

gua tertanya-tanya bagaimana manusia dan maksiat. gua sering lakukan maksiat dan kemudian bertaubat.kemudian maksiat balik dan kembali lagi bertaubat. "apa gua menganjing tuhan ke?" sentap hati gua. tu yang gua rasa serba salah, letih dan rimas.

lalu gua beranikan diri tanya-tanya manusia yang lebih bijak dari gua. yang lebih berpengalaman dari gua. apa punca. punca segala keluh kesah yang bertatang di dada. rahsia-rahsia penguat dan pembaikpulih jiwa yang rosak dan amalan yang korup.

gua cakap gua nak jadi baik. dia cakap "rahmat tuhan tu maha luas"
gua cakap gua nak jadi baik tapi banyak halangan. "biasalah tu"
gua cakap gua payah nak kawal diri. dia cakap "banyakkan sedekah, puasa sunat dan amalan-amalan sunat yang lain".
gua cakap gua sering buat dosa. dia cakap "kalau satu kaum tu berhenti buat dosa, dah tentu tuhan akan gantikan dengan satu kaum yang lain yang buat dosa dan kemudian bertaubat"
gua cakap gua buat dosa lagi dalampada nak bertaubat. dia cakap "biasalah tu"
gua mengeluh. dia kata "tuhan tak akan sia-siakan orang yang nak kembali pada-Nya".

dia cakap lagi "jangan sekali-kali putus asa dengan tuhan"

dada gua kembali normal dan gua sedut cukup-cukup.

syukran abah.

Oct. 10th, 2010

maher zain

hah...

ni gua ada kutip satu pesanan ringkas dari sini.

Maher Zain ni Sunni ke Syiah?

 
 
Ada budak budak komplen masa Maher Zain bagi konsert dakwah di Gombak kelmarin ada pulak makwe makwe tudung yang tergedik gedik menjerit macam dapat jumpa Hannah Montana.
Menurut kata mereka, Maher Zain ni pekena lagu lagu dakwah islam jadi pengunjung konsert sepatutnya respek la konsert dakwah, bukannya terkinja kinja phewwiitt tak tentu hala.. apatah lagi yang menggedik tu makwe bertudung.
 
Kahkahkah...kahkahkah...!!
 
Gua hairan betul la, apa isunya sekarang?, apa isu kalau pergi konsert terkinja kinja?, apa isu?
 
Dah nama dia pun konsert, artis femes pulak tu.. memangla kena enjoy..pergi konsert artis kalau kena duduk diam baik pergi dewan filharmonik tengok okestra!, apa yang susah sangat?
 
Ini konsert dakwah islam so kena respek jaga kemaluan?,
 
kehkehkeh..ini satu lagi benda bodoh!.
 
Pergi konsert Maher Zain ni buat apa sebenarnya?, buat apa?, nak dekatkan diri pada Allah?, nak insaf?, nak jadi muslim dan muslimah solehah?, nak jadi imam?,
 
kehkehkeh..kehkehkeh!!
 
Kalau nak dekat diri pada Allah pergi la masjid dengar ceramah, sembahyang jemaah..bukan pergi konsert Maher Zain!, kahkahkah...
 
Kalau nak insaf..bangun malam buat sembahyang taubat, sembahyang tahajjud, baca Al-Quran..bukannya pergi konsert Maher Zain!, kahkahkah...!!
 
Kalau nak jadi budak masjid solehah, sembahyang banyak sikit, baca Al-Quran pederas sikit..bukannya pekena konsert Maher Zain!, kahkahkah...kahkahkah..!
 
Kalau nak jadi imam, pergi kelas tahfiz..belajar qiraat, belajar tarannum..bukannya berebut beli tiket konsert Maher Zain!...kahkahkahkahkah!!
 
Habis yang pergi konsert Maher Zain kita nak kira macam mana?,
Senang saja..kira macam pergi konsert biasa biasa la..macam pergi konsert Slash, pergi konsert Dabel Trabel, pergi konsert Mawi.
 
Jadi apa nak heran??
 
Ehh tapi bro, Maher Zain semua lagu dakwah..semua lagu ingat tuhan punya, semua lagu ajak beribadat punya, bukan lagu mengarut.
 
Yess!!
 
Kalau niat dalam hati nak dengar lagu dakwah, tak payah pergi konsert, pasang lagu Maher Zain di kompiter pun boleh..pekena YouTube pun sedap juga.
 
Nak dengar lagu ingat tuhan tak perlu keluar duit banyak beli tiket konsert...lagu lagu Nadamurni yang berlambak tu semua lagu ingat tuhan, lagu the zikr semua ingat tuhan dekat internet berlambak..kalau takde internet bukak astro oasis, kalau takde astro oasis, bukak radio siaran IKIM..kalau kat rumah internet takde, Astro takde, radio pun takde..Alhamdulillah!, lu orang dah berada dalam situasi selalu ingat tuhan la tu.
 
Lagi satu hal geng geng yang klem pergi konsert maher Zain sebab nak insaf, nak dekatkan diri pada tuhan.
Kepala hotak la yang klem pergi konsert Maher Zain sebab nak dekatkan diri pada agama..nak insaf, nak muhasabah. Apa yang susah sangat, cakap je la pegi tengok Maher Zain sebab dia hensem, suara sedap, genre muzik dia lain macam..apa susah sangat nak mengaku?, cuba kalau Maher Zain ganti dengan Rooney..ada lu orang nak datang tengok?, ada?,
 
Gua tarak hal kalau lu orang pergi konsert Maher Zain sebab nak enjoy. Kalau gua dapat tiket free pun gua mesti rembat punya. Cuma yang bikin panas bila orang pegi tengok konsert Maher Zain bagi alasan nak jadi baik dan nak insaf. Fakof!, cubala jangan menipu diri sendiri..gua merayu ni.
 
Yang kaki komplen kata makwe makwe tudung terkinja kinja di konsert Maher Zain ni pulak gua ingin tegaskan.."mereka (makwe makwe berkenaan) pergi tengok konsert sebab nak berhibur..nak enjoy!, bukannya nak belajar jadi ustazah beb..faham?, ke tak faham jugak?"
 
Dan kepada komplen komplen lain yang bersepah di mana mana:
 
"Lagu Maher Zain ada kesan rohani"
 
"Lirik lagu Maher Zain sangat menginsafkan"
 
"Lagu Maher Zain bagi kesedaran"
 
Yaa betul..betul..semua tu betul.
 
Cuma gua nak tanya lu orang secara jujur ni;
"Lepas dengar lagu Maher Zain, berapa banyak tambah baca Quran?, berapa banyak tambah baca Mathurat?, berapa banyak tambah ibadat?"
 
Jawab la..jawab!, jawab jujur jujur, jangan menyamar jadi orang lain.Kahkahkah!
 
Kalau ada tambah ibadat sebab dengar lagu Maher Zain, ok gua tarak hal. Tapi kalau setakat tulis tulis statement nak tunjuk up dekat kawan kawan, baik lu orang pergi air sembahyang bentang sejadah sekarang.
 
Ada juga orang kata; "Dari pergi konsert mengarut ngarut..baikla pergi konsert maher Zain"
 
Kahkahkah..kahkahkah!
 
Gua pulak kata; "Dari rasa kecewa sampai nak bunuh diri sebab tiket konsert Maher Zain habis..lebih baik lu orang pegi main fesbuk."
 
Ohh yaa..lagi satu, ketika rakyat Malaysia berebut rebut beli tiket konsert Maher Zain sebab nak jadi baik dan insaf, yahudi di Palestin juga sedang berebut rebut membunuh rakyat Palestin takde kesian kesian punya. Serius ni gua tak kelentong!
 
Kesimpulannya gua nak cakap:
 
1.Konsert tu tetap konsert..konsert tidak boleh bertukar menjadi ceramah agama di masjid
2.Pergi konsert hanya untuk berhibur dan bergembira, selebihnya adalah guilty pleasure pada geng geng usrah, naqib dan naqibah..
3. Maher Zain bijak buat duit. Gua harap lepas ni dia jadi philantrophist.
4. Pergi konsert Maher Zain tak salah..yang jadi salah bila suka buat statement menipu diri sendiri, dan juga menipu orang lain. Ingat!, jangan jual nama agama untuk kepentingan diri.
5. Konsert bukanlah venue untuk manusia jadi lebih baik dari aspek pemahaman agama. Nak enjoy enjoy boleh la, ye tak?
6. Benda benda merepek ni memang patut kita "kahkahkah!"

p/s: gua setuju amat dengan pendapat di atas.bila sebut pasal muzik dan dakwah,langsung tak kena bulu.bila gua sebut,ramai yang melenting.islam dan agenda.ptuih.apa lan c.
Tags:

Oct. 7th, 2010

rencana besar.

kali ini gua betul-betul nekad.
gua ada deadline yang gua nak kejar.

mulai hari ini gua ada 175 hari untuk buat banyak benda.

antaranya:

-puasa sunat setiap isnin dan khamis.
-khatam quran 3 kali
-qiamullail seminggu sekali paling kurang
-push up 10,000 kali
-sit up 10,000 kali
-paling koman habiskan 3 biji buku
-kumpul duit paling banyak

dan banyak lagi benda nak kena buat.

celaka betul susah nak plan.

Sep. 30th, 2010

english

its been a while since i last write in english.

a few months back i met an Egyptian guy.
he wants to start a conversation with me and i would love to reply in arabic.

but he insist to speak in english.broken.totally.

its really hard to understand his english.
i knew that he could see from my face that I'm trying so hard to understand him and finally he said;

"I speak London very best!!"


..............................................

WTF.
Tags:

Previous 10